Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Operasi menyelamat diteruskan cari 7 lagi mangsa

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali pada Jumaat lepas, diteruskan hari ini.

Operasi yang memasuki hari ketujuh bersambung semula pada kira-kira 8 pagi tadi, selepas ditangguhkan pada pukul 10 malam semalam.

Setakat ini, tragedi berkenaan meragut 26 nyawa, tujuh mangsa masih hilang manakala 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, daripada keseluruhan mangsa terlibat, 29 adalah kanak-kanak dan 65 dewasa.

- Bernama