KJ ucap selamat maju jaya pada Zaliha
Ahli Parlimen Sekijang Zaliha Mustafa hari ini menerima nota serah tugas daripada pendahulunya Khairy Jamaluddin untuk menerajui Kementerian Kesihatan.
Doktor kesihatan keluarga berusia 58 tahun itu menggantikan Khairy yang memulakan perkhidmatannya pada Ogos 2021.
Zaliha merupakan wanita pertama yang menerajui kementerian berkenaan.
Dalam upacara simbolik penyerahan tugas di Putrajaya hari ini, Khairy mengucapkan selamat maju jaya kepada penggantinya.
Ketika menerajui kementerian itu, Khairy antara lain dikenali dengan usaha seperti menyelaraskan program vaksinasi Covid-19 negara, cadangan rang undang-undang generasi penamat (GEG), dan mendorong untuk kajian lanjut mengenai penggunaan ganja perubatan.
Bercakap kepada pemberita Khairy menyatakan harapannya untuk melihat cadangan rang undang-undang GEG dan pelan tindakan penjagaan kesihatan akan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.
Dia menambah bahawa kertas putih penjagaan kesihatan telah dibangkitkan dalam perbincangan dengan menteri.
“Ini penting untuk reformasi sistem penjagaan kesihatan dalam jangka panjang. Kertas putih ini bukan kerja saya tetapi kerja pakar yang terlibat dalam sesi pengantaraan (untuk dasar),” katanya.
Dia menambah, tanpa pembaharuan kepada sistem itu, negara akan kekurangan sumber untuk menguruskan beban penyakit berjangkit pada tahun-tahun akan datang.
[Laporan penuh menyusul]
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai