Dua pesakit strok redah banjir selamatkan diri
Dua pesakit strok dari Kampung Kubang Kual terpaksa melupakan kesakitan dialami semata-mata untuk meredah banjir demi keselamatan diri berikutan paras air mula naik di kawasan mereka.
Suhaimi Jaafar, 64, berkata dia menggagahkan dirinya meredah banjir sejauh 100 meter (m) dari rumahnya untuk sampai ke bahu jalan raya walaupun berasa letih dan kepenatan.
"Hujan lebat berterusan sejak tiga hari lepas menyebabkan air mula naik secara mendadak awal pagi tadi, jadi saya terus minta bantuan anak dan cucu untuk pimpin saya redah banjir yang ketika itu masih lagi paras lutut.
"Bila redah banjir dalam keadaan kita kena strok, badan kita akan rasa menggigil sebab sejuk berada dalam air, tapi apa boleh buat mahu tidak mahu saya dan anak-anak perlu segera keluar dari rumah untuk selamatkan diri sebelum berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Kubang Kual, di Pasir Mas hari ini.
Sementara itu, Ibrahim Mat Ya, 72, pula berkata pada tahun ini sahaja sebanyak tiga kali dia terpaksa menetap di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kual berikutan banjir.
"Selepas diserang angin ahmar sejak 13 tahun lepas, saya hanya mampu berjalan menggunakan tongkat dan apabila hendak redah banjir ia menambah lagi kesukaran untuk saya bergerak," katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai