Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Hujan berterusan di Perak, K'tan dan T'ganu hingga esok

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (peringkat buruk dan waspada) yang melibatkan negeri Perak, Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa sehingga 11 Disember 2022.

"Berdasarkan analisis model-model cuaca, angin timuran kencang dijangka bertumpu di pantai timur dan utara Semenanjung sehingga 11 Disember 2022.

"Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan di kawasan berkenaan," kata MetMalaysia pada satu kenyataan hari ini.

MetMalaysia juga menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.