Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Amaran hujan berterusan tahap waspada di lapan negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di lapan negeri antara esok dan Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di empat negeri mulai esok hingga Sabtu iaitu Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan) serta seluruh Terengganu.

Cuaca sama turut diramalkan berlaku esok di Sabah melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat manakala di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pula hujan berterusan diramal berlaku bermula Sabtu hingga Ahad ini.

- Bernama