PM minta penjawat awam bersama-sama bawa perubahan
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa penjawat awam bersama-sama membawa semangat perubahan agar negara dapat kembali ke era kegemilangannya.
Berucap dalam perhimpunan bulanan pertamanya dengan kakitangan awam di Jabatan Perdana Menteri, Anwar menyuarakan harapan untuk permulaan yang baru, selepas merosot dari segi ekonomi, kestabilan dan disiplin.
“Kita tidak mungkin berjaya sekiranya tonggak perkhidmatan awam tidak sepenuhnya bersama saya,” katanya.
Anwar juga membangkitkan ketika dia pernah berada dalam kerajaan dahulu, dia sentiasa mendengar dan menerima pandangan daripada penjawat awam, terutama yang berpengalaman lama.
“Kalaupun saya ada buat cadangan balas , teguran, hanya lepas hadam apa yang berlaku berdasarkan pengalaman mereka. Kepintantaran, kecekalan dan minat kita, tak sama dengan pengalaman (penjawat awam).
“Saya akan nasihatkan rakan-rakan yang akan dipilih (sebagai) menteri, insya-Allah dalam masa singkat, untuk hormati proses ini.
"Saya nak beri jaminan bahawa sistem, tunggak perkhidmatan kekal, tetapi dengan maksud ada minat untuk selalu mengangkat martabat insan, mengangkat perkhidmatan,"
"Dalam bahasa (istilah) sekarang, reformasi,” katanya.
Bagi membolehkan perubahan itu, Anwar menekankan perkara paling awal yang diperlukan adalah perubahan dalam kepimpinan.
Pada masa sama, katanya lagi, ia tidak boleh berlaku tanpa perkhidmatan awam, sebagai tonggak kepada negara di saat kerajaan dan perdana menteri bertukar ganti.
"Kepimpinan di kementerian dan jabatan harus terima kenyataan supaya saya tak perlu terlalu rungsing hadapi masalah dalam jabatan awam. Saya harap saudara bekerja dan menghormati disiplin.
"Jika lihat ada kelonggaran, pelanggaran atau kecuaian sebelumnya, itu sejarah lampau. Apa yang penting adalah ke depan," katanya lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai