'BN mohon tangguh menghadap Agong'
Barisan Nasional (BN) akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menangguhkan sesi menghadap yang dijadualkan esok.
“Bukan amalan kita bercerita pada khalayak.
“Sama ada (nak) mohon penangguhan (menghadap) atau tidak, anda akan tahu esok,” kata Bendahari Agung BN Hishammuddin Hussein kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur, malam ini.
Sementara itu, Timbalan Presiden MIC M Saravanan yang mengesahkan perkara itu berkata BN masih mengekalkan keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
“Kita harap (sesi menghadap esok) boleh ditangguhkan...tak tahu boleh ke tidak.
“Kita bukan nak tubuh kerajaan, tapi nak nyatakan pendirian sahaja (ketika menghadap),” katanya.
Al-Sultan Abdullah hari ini menitahkan 30 Ahli Parlimen BN menghadap Seri Paduka di Istana Negara secara individu pada jam 10.30 pagi esok.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai