Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

PH ada majoriti untuk bentuk kerajaan - Anwar

Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan (PH) mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan.

Bercakap kepada pemberita sebentar tadi, dia berkata mereka mempunyai sokongan 111 atau 112 untuk membentuk kerajaan.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan rakan kerjasama kerana menurutnya perkara itu hanya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, PH mendapat 80 daripada 222 kerusi parlimen, diikuti rapat oleh Perikatan Nasional (PN) dengan 71 kerusi. 

BN hanya mendapat 32 kerusi.

Keputusan di dua kerusi masih belum diperoleh.

Pengumuman itu dibuat ketika PN juga cuba membentuk kerajaan dengan kerjasama parti-parti dari Sabah dan Sarawak yang membentuk 'Blok Borneo'.