Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Tak rasmi - Tiada gabungan boleh tubuh kerajaan di Pahang

Sehingga jam 2 pagi, keputusan tak rasmi bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) Pahang menunjukkan tidak ada gabungan parti boleh menubuhkan kerajaan negeri. 

Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi DUN, manakala BN pula memperoleh 16 kerusi. 

Pakatan Harapan (PH) pula hanya mendapat lapan kerusi DUN, hilang satu kerusi berbanding pilihan raya umum lalu. 

Prestasi BN Pahang dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah paling buruk dalam sejarah parti itu. 

Semua kerusi DUN dalam parlimen Jerantut, Maran dan Paya Besar gagal dipertahankan BN dalam pilihan raya kali ini. 

Tiga kerusi DUN Jerantut, Pulau Tawar, Damak dan Tahan dimenangi PN. 

Begitu juga nasib tiga DUN di Maran dan Paya Besar, semuanya jatuh ke tangan PN. 

Paling mengejutkan, satu kerusi DUN dalam parlimen Pekan, DUN Pulau Manis dimenangi calon PN.