Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Parlimen tergantung

Dengan 182 daripada 220 kerusi dikira setakat ini, seperti dijangka berlaku keadaan parlimen tergantung apabila tiada pihak dapat membentuk kerajaan bersendirian.

Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan 70 kerusi. Bagaimanapun, dengan hanya 38 kerusi lagi yang tinggal, mustahil mereka dapat memperoleh majoriti mudah 111.

Jika PH dapat menyapu bersih kerusi yang tinggal pun, mereka hanya memperoleh 108 kerusi.

PN kini berada di tempat kedua dengan 53 kerusi. Sekutu mereka di Sabah, GRS mendapat enam kerusi.

BN pula, yang mendesak pilihan raya segera, mendapat 25 kerusi setakat ini.

 GPS di Sarawak memperoleh 22 kerusi, Warisan dua, KDM satu dan bebas satu.