Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Tak rasmi - PN menang besar di Perlis, BN langsung tiada kerusi

  • Dikemas kini dengan pembetulan di perenggan kedua.

Perikatan Nasional (PN) mencatat kemenangan bergaya lebih dua pertiga di Perlis dengan menang di 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), menurut keputusan tidak rasmi.

Pakatan Harapan (PH) hanya mendapat satu kerusi DUN iaitu Indera Kayangan manakala BN pula tidak mendapat sebarang kerusi.

Ini ialah kekalah terburuk BN di Perlis dan kali pertama BN hilang kuasa di negeri itu.

Di peringkat parlimen pula, PN menang di kesemua tempat iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar.

Perlis sebelum ini salah satu daripada dua benteng terakhir BN, selain Pahang, yang dipertahan ketika gelombang Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Kedudukan itu dilihat antaranya berpunca daripada asakan ahli politik veteran Shahidan Kassim yang bertanding mewakili PN setelah dicantas daripada senarai calon oleh Presiden Umno Zahid Hamidi.

Shahidan pernah menjadi menteri besar Perlis dan pengerusi BN negeri.