Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Hajiji: Siapapun bentuk k'jaan perlu dengar suara Sabah, S'wak

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata suara rakyat Sabah dan Sarawak perlu didengar walau siapa pun yang membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata bagaimanapun, masih terlalu awal untuk meramalkan keputusan PRU15.

"Jadi kita tunggulah selepas pukul 7 (malam) nanti, kita akan tahu siapa yang akan menang," katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Serusup, di Tuaran hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata GRS sudah membuat yang terbaik dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau akan menghubungi rakan pemimpin di Sarawak sekiranya parti itu memenangi lebih 15 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah pada PRU15.

- Bernama