Dilarang rai kemenangan PRU15 di jalan - polis Terengganu
PRU15 | Semua penyokong parti diingatkan agar tidak terlibat dalam sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama di jalan-jalan awam.
Ketua Urusetia Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Polis Terengganu Supt Mohd Aluwi Husain berkata sebarang aktiviti seumpama itu tidak dibenarkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Menurutnya, pasukan polis bersiap sedia mengawal keadaan dan orang ramai digesa mematuhi segala peraturan dan undang-undang ditetapkan.
“Polis Kontinjen Terengganu berharap proses PRU15 yang kini berjalan dengan aman dapat dikekalkan sehingga keputusan diketahui.
“Justeru, kerjasama semua pihak amat diperlukan sehingga kerajaan dibentuk. Jangan timbulkan provokasi atau kekacauan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai