Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Calon PN DUN Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia

Calon PN bagi kerusi DUN Tioman, Pahang meninggal dunia awal pagi tadi.

Md Yunus Ramli, 61, disahkan meninggal dunia jam 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Zamree Hamli ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Katanya, Md Yunus dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, allahyarham disahkan meninggal dunia ketika di rawatan di Hospital Rompin,” katanya.

Zamree berkata, susulan itu, pengundian bagi kerusi berkenaan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Md Yunus merupakan ketua PAS Sungai Puteri dan pernah bertanding di kerusi sama pada PRU lalu.