Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

3,457 kes baru Covid-19, sembilan kematian

Sebanyak 3,457 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,960,179.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 27,877, turun 21.5 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

Selangor (1,187)

Kuala Lumpur (322)

Sabah (266)

Melaka (262)

Pulau Pinang (216)

Kedah (171)

Pahang (159)

Sarawak (158)

Negeri Sembilan (146)

Perak (139)

Putrajaya (131)

Kelantan (124)

Johor (79)

Terengganu (77)

Labuan (16)

Perlis (4)

Sebanyak sembilan lagi kematian dilaporkan, semalam.

Tiga kes dilaporkan di Selangor, masing-masing dua kes di Negeri Sembilan dan Sabah dan masing-masing satu kes di Pahang dan Perak.

Sejak minggu lalu, purata 7.1 orang dilaporkan meninggal dunia sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 5.2, menunjukkan trend peningkatan.

Sejak wabak Covid-19 melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,583 kematian berkaitannya telah dicatatkan.

Sebanyak 108 kes kematian dilaporkan untuk November, setakat ini. Sebagai perbandingan, sebanyak 101 kematian dilaporkan pada bulan lalu dan 158 kematian pada September.

Sebanyak 1,970 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 89 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi semalam dilaporkan di Selangor (167) disusuli dengan Johor (99) dan Sabah (90).