Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Jamal bagi petrol percuma hari ini

Ada buah tangan menanti pengundi di Sungai Besar dan Ampang hari ini.

Makluman tersebut berdasarkan jadual kempen calon BN yang diedarkan kepada media.

Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos akan menawarkan minyak petrol percuma di stesen Petronas Sekinchan pada jam 5 petang hari ini.

Sementara itu, acara "sembang santai" calon MCA Ivone Low Yi Wen (gambar, bawah) di Restoran Ali Maju Taman Ukay Perdana pada jam 6.45 petang ini menjanjikan cabutan bertuah.

Calon PH dan PN juga menawarkan perkhidmatan percuma seperti menukar minyak motosikal.

Dr Dzulkefly Ahmad yang bertanding sebagai calon PH di Kuala Selangor pada 12 Nov lalu turut menampilkan cabutan bertuah pada majlis kempennya.

Pada hari sama, calon PAS Sungai Buloh Mohd Ghazali Md Hamim juga tampil menawarkan khidmat sama menukar minyak enjin motosikal.