Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Tol percuma 30 konsesi lebuh raya pada 18, 19 Nov

Perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob memaklumkan 30 konsesi lebuh raya bersetuju memberi tol percuma pada 18 dan 19 Nov kepada pengguna.

Ini bagi memudahkan pergerakan rakyat Malaysia bagi melaksanakan tanggung jawab pada hari pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini.

“Tol percuma tersebut akan bermula dari pukul 12.01 tengah malam 18 Nov (Jumaat) hingga 11.59 malam pada hari Sabtu, 19 Nov melibatkan semua kenderaan jenis persendirian, Kelas 1 sahaja dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya,” kata Ismail Sabri seperti dipetik Bernama.

Dia berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Putrajaya hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov ini sebagai hari pengundian, manakala esok ialah hari pengundian awal.