Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Irwan Siregar terima elaun RM500,000 sekali gus dari 1MDB

KES 1MDB | Bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia menerima RM25,000 sebulan antara 2013 dan 2018 atas peranannya sebagai pengerusi dan kedudukannya dalam lembaga penasihat (BOA) syarikat pelaburan negara 1MDB.

Saksi ke-42 dalam perbicaraan kes rasuah 1MDB bekas perdana menteri Najib Razak yang berjumlah RM2.28 bilion juga memberi keterangan bahawa dia menerima dua bayaran sekali gus berjumlah RM521,774 untuk kedua-dua peranan berasingan itu.

“Selepas dilantik sebagai ahli BOA, saya menerima elaun daripada 1MDB sebagai ahli BOA secara konsisten setiap bulan bermula 26 Ogos 2013 hingga 2015 bagi setiap pembayaran RM25,000.

“Sebelum menerima bayaran bulanan, saya menerima bayaran 'lump sum' (sekali gus) sebanyak RM221,774.00 melalui cek daripada 1MDB bertarikh Ogos 2013. Saya dimaklumkan bayaran itu tertunda sebagai ahli BOA 1MDB sejak saya memegang KSP (ketua setiausaha perbendaharaan) antara Ogos 2012 hingga Ogos 2013.

“Saya tidak meminta bayaran ini dibuat tetapi ia dibuat oleh 1MDB kepada saya melalui cek syarikat 1MDB. Tempoh bayaran elaun ini saya terima adalah dari 2013 hingga 2016 sehingga BOA dibubarkan sendiri oleh PM (Najib) berikutan siasatan daripada PAC (Jawatankuasa Kira-kira Parlimen) terhadap 1MDB.

“Selepas BOA dibubarkan, saya juga menerima elaun sebagai pengerusi 1MDB sebanyak RM25,000 sebulan, tetapi pada 2016 bayaran ‘lump sum’ sebanyak RM300,000 telah dibuat. Bayaran elaun juga dibuat melalui cek 1MDB kepada saya,” kata Irwan sambil Najib memerhatikan dari kandang tertuduh.

[Baca berita asal]