Banjir: Satu PPS dibuka di Tanjong Karang
Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Selangor iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh, Tanjong Karang yang menempatkan seramai 10 mangsa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata setakat pagi ini, sebanyak empat kawasan iaitu Lorong 14, 15, 18 dan 19 di Kampung Sungai Sireh dikenal pasti terjejas akibat banjir.
“Kesemua mangsa yang terlibat ditempatkan di SK Sungai Sireh…trend air banjir di sini dilihat mula menurun,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut laman web InfoBencanaJKM, setakat ini lapan PPS telah dibuka di Selangor iaitu tiga dalam daerah Klang, satu di daerah Petaling serta empat di Kuala Selangor yang menempatkan seramai 890 mangsa daripada 212 keluarga.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai