'Sandiwara' - Azmin kata tak perlu isytihar harta
Ketika calon parti pembangkang mula mengisytiharkan harta mereka, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Mohamed Azmin Ali meremehkan "pengumuman awam" sebegitu.
"Tak perlu ikut orang lain," katanya kepada pemberita selepas berucap ketika berkempen di Tambun.
Dia mendakwa calon daripada parti lain boleh berbuat demikian tetapi mereka masih terbabit rasuah.
"Ini semua sandiwara. Jika kamu komited melawan rasuah, calon kamu tidak patut dibenarkan menghantar borang pencalonan di hari penamaan (jika) kamu masih ada kes di mahkamah. Itu pendirian kita," katanya.
Pengarah pilihan raya PN itu berada di Klebang Jaya menyokong Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu yang bertanding di kerusi Parlimen Tambun.
Azmin menegaskan pengisytiharan aset hanya akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia oleh menteri kabinet, sebaik sahaja kerajaan dibentuk.
"Ada (buat pengisytiharan aset) kepada SPRM.
"Ini langkah yang harus diteruskan untuk pastikan pimpiban dalam kerajan khususnya eksekutif patuhi peraturan dan tidak terjebak dalam amalan rasuah," katanya lagi.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjadi calon PH pertama yang mengisytiharkan hartanya secara terbuka pada 2 Nov, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Calon kerusi parlimen Pandan itu mengisytiharkan dia memiliki aset bersih bernilai RM18,851,350 setakat 31 Okt tahun ini, sebahagiannya melalui saham dalam syarikat Invoke Solutions.
PKR dan PSM telah mewajibkan calon mereka yang bertanding dalam pilihan raya untuk mengisytiharkan harta mereka.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai