Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Tindakan disiplin terhadap Tian Chua hanya lepas PRU15 - Rafizi

Sebarang prosiding tatatertib yang dicadangkan terhadap ahli PKR Tian Chua kerana bertanding sebagai calon bebas di Batu hanya boleh dilakukan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata timbalan presiden parti Rafizi Ramli.

Pakar strategi pilihan raya PKR itu berkata pada masa ini dia mengalu-alukan langkah Tian Chua di kawasan Parlimen Batu yang turut ditandingi calon PKR P Prabakaran.

Rafizi berkata proses prosiding tatatertib PKR kini digantung kerana mereka memberi tumpuan pada pilihan raya umum.

“Proses dalaman parti adalah proses pentadbiran yang akan berlaku selepas pilihan raya, jadi saya tidak boleh memberikan banyak reaksi.

"Ada proses dan kami serahkan kepada parti," kata Rafizi sambil menambah dalam keadaan biasa, laporan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum proses tatatertib itu boleh dimulakan.

Calon PRU15 bagi kerusi P115 Batu, Wilayah Persekutuan:

1. Siti Kasim (Bebas)

2. Tian Chua (Bebas)

3. P Prabakaran (PH-PKR)

4. Zulkifli Fattah (Bebas)

5. Too Gao Lan (Bebas)

6. Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang)

7. Azhar Yahya (PN-PAS)

8. Naganathan Pillai (Warisan)

9. A Kohilan Pillay (BN-MIC)

10. Nur Fathiah Syazwana @ Cleo (Bebas)

[Baca berita penuh]