Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

10 penjuru di Batu, Tian Chua sah calon bebas

Parlimen Batu, Kuala Lumpur menyaksikan pertembungan sehingga 10 penjuru.

Ia melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) sebagai penyandang, Perikatan Nasional (PN), BN,dan Warisan serta lima calon bebas.

Paling menarik, tokoh handalan PKR yang tidak terpilih Tian Chua memilih bertanding melawan P Prabakaran yang dinaikkannya dalam pilihan raya umum lalu.

PKR mengekalkan Prabakaran di kerusi itu setelah Tian Chua dikaitkan dengan Azmin Ali yang berpaling tadah menjatuhkan kerajaan PH melalui Langkah Sheraton.

Menegaskan semangatnya tetap bersama PH dan PKR, Tian Chua berkata dia bertanding bagi mengelakkan risiko kehilangan Batu kepada lawan.

Siti Kasim

Turut bertanding di kerusi itu ialah aktivis hak asasi dan hak-hak Orang Asli Siti Kasim, selain  ahli perniagaan Nur Fathiah Syazwana yang lebih dikenali sebagai Cleopatra.

Senarai penuh:

  1. Siti Kasim (Bebas)

  2. Tian Chua (Bebas)

  3. P Prabakaran(PH)

  4. Zulkifli Fattah (PRM)

  5. Too Gao Lan (Bebas)

  6. Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang)

  7. Azhar Yahya (PN)

  8. Naganathan Pillai (Warisan)

  9. A Kohilan Pillay (BN)

  10. Nur Fathiah Syazwana @ Cleo (Bebas)

Kawasan parlimen di tengah-tengah ibu kota itu mempunyai seramai 113,863 pengundi.

Dalam pilihan raya umum lalu, Prabakaran–ketika itu calon bebas yang disokong PH–menang dengan majoriti 24,438 undi.

Selain Batu, beberapa parlimen lagi menyaksikan pertembungan banyak penjuru, iaitu Kota Raja dengan lapan penjuru, Sepang (8) dan Ampang (9).