Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri yang dijangka menyebabkan hujan lebat dan angin kencang hingga tengah malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan jam 8.48 malam ini memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di Terengganu dan Kedah pula melibatkan kawasan Langkawi, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.
Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Perak iaitu Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
Sementara itu, di Kelantan melibatkan Kuala Krai dan Gua Musang manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.
Di Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Kapit) dan Limbang (Limbang).
Amaran sama dikeluarkan untuk Sabah di kawasan Pedalaman (Tenom dan Nabawan) dan Sandakan (Tongod, Beluran dan Sandakan).
Menurut Met Malaysia amaran ini sehingga jam 1:00 pagi, sehingga 1:00 pagi; Khamis, 3 November 2022.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata badan kaji cuaca itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai