Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

PRU15: Amanah Pahang tanding empat kerusi parlimen, 16 DUN

Amanah Pahang hari ini mengumumkan akan meletakkan calon di empat kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sekali gus menyaksikan pertambahan kerusi bagi parti itu berbanding PRU14.

Pengerusi Amanah Pahang Zulkifli Mohamed berkata pemilihan calon terdiri daripada gandingan muka baru dan lama selain daripada pelbagai latar belakang antaranya golongan profesional dan ahli perniagaan selain calon wanita bagi dua kerusi DUN iaitu Guai dan Tanjung Lumpur.

Beliau berkata calon termuda ialah Pengarah Komunikasi dan Media Baharu Negeri Ahmed Wafiuddin Shamsuri berusia 27 tahun yang akan bertanding di DUN Pelangai.

"Pada PRU kali ini berlaku pertambahan kerusi yang ditandingi iaitu 16 kerusi DUN berbanding 11 sebelum ini manakala bagi kerusi Parlimen, empat kerusi ditandingi berbanding satu pada PRU14,” katanya pada sidang media di Kuantan hari ini.

Bagi calon kerusi Parlimen, mereka terdiri daripada Pengarah Pilihan Raya Negeri Ahmad Azam Mohamad Salleh yang akan bertanding di Paya Besar, Ketua Kawasan Maran Ahmad Shuhor Awang (Maran); Ketua Kawasan Tangga Batu Juhari Osman (Kuala Krau) dan Ketua Pemuda Nasional Mohd Hasbie Muda (Temerloh).

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Pahang Mohd Fadli Mohd Ramly berkata Amanah akan mengumumkan manifesto khusus untuk negeri Pahang dalam masa terdekat.

Pada PRU14, BN menang 25 daripada 42 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh sembilan dan PAS (lapan).

Bagi kerusi Parlimen pula, daripada 14 kerusi Parlimen, BN menang sembilan dan bakinya PH.

Bagaimanapun, PH hilang satu kerusi apabila Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengumumkan keluar PKR dan menyertai Bersatu pada tahun 2020.

Berikut merupakan senarai calon Amanah bagi kerusi DUN Pahang:

Padang Tengku : Ruzi @ Nata Yusuff

Dong : Mohd Abd Jawaad Abd Ghafar @ Ramzin

Tahan : Mohd Abd Talib Mohd Tahar

Pulau Tawar : Norani Muhd @ Mohd Arshad

Beserah : Zulkifli Mohamed

Tanjung Lumpur : Sabrina Md Yusuff

Lepar : Muhammad Ibrohim Mazalan

Peramu Jaya : Tugimon Abdul Hamid

Bebar : Ibrahim Sulaiman

Chenor : Nor Hisham Mohd Suki

Kerdau : Ahmad Ariff Md Daud

Jengka : Jamaluddin Abd Rahim

Kuala Semantan : Azizul Shah Mohd Noor

Pelangai : Ahmed Wafiuddin Shamsuri

Guai : Noraini Abdul Ghani

Tioman : Mohd Fadzli Mohd Ramly

- Bernama