Pertembungan di Tambun: Jika menang, Umno akan jadi 'giant killer'
Tugas untuk menumpaskan dua "gergasi" di Tambun, iaitu Anwar Ibrahim dan Ahmad Faizal Azumu, jatuh kepada ketua Umno bahagian di situ, Aminuddin Md Hanafiah.
Mengakui ia satu tugas yang amat sukar, Aminuddin berkata ada calon-calon kuat yang pernah tewas dalam PRU lalu dan Anwar serta Faizal boleh ditimpa nasib yang sama kali ini.
"Tidak mustahil mereka akan kalah di Tambun. Kita ada semangat untuk kalahkan mereka, walaupun mereka pemimpin terkenal. Kami adalah underdog, kami sedar.
"Tapi kami sudah membantu penduduk di kawasan ini dan kami orang tempatan," katanya ketika sidang media selepas BN Perak mengumumkan calon bagi negeri itu di Ipoh, hari ini.
"Jadi tidak kisah sama ada yang bertanding 'giant' atau tak...jika mereka 'giant', maka jika kami memang, kami jadi 'giant killer'," katanya lagi.
Aminuddin yang merupakan Adun Hulu Kinta menyuarakan keyakinan yang pengundi di Tambun adalah bijak dan akan memilih calon yang dapat berkhidmat kepada mereka, bukannya yang bermain "politik retorik".
"Jika mereka hanya undi berdasarkan cerita dan janji yang nampak meyakinkan tapi tak boleh dilaksana, bagaimana itu akan memberi manfaat kepada mereka?" soalnya.
Pada PRU14, Tambun menyaksikan persaingan tiga penjuru antara BN, PH dan PAS.
Ahmad Faizal yang merupakan orang tempatan menang di bawah tiket PH dengan meraih hanya 44.5 peratus undi, menewaskan penyandangnya bekas menteri Ahmad Husni Hanadzlah.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai