Rina sah bertanding di Sepang
Penyandang kerusi Parlimen Titiwangsa Rina Harun sah tidak akan mempertahankan kerusi itu, sebaliknya akan bertanding di Sepang pada PRU15.
Perkara itu diumumkan Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dalam satu acara di Sepang, malam ini.
Sorakan dan laungan "calon tempatan" mengiringi Rina ketika dia naik pentas apabila namanya dipanggil Muhyiddin.
Rina yang juga ketua Srikandi Bersatu dijangka akan berdepan seorang lagi ketua sayap wanita, iaitu Ketua Wanita Amanah Aiman Athirah Sabu.
Rina bukanlah asing di kerusi Parlimen itu apabila pernah menjadi ketua puteri Umno Sepang sebelum menyertai Bersatu.
Kerusi Parlimen Sepang disandang oleh Hanipa Maidin sejak 2013. Dia bagaimanapun tidak dicalonkan oleh Amanah pada PRU kali ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai