Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Mahkamah tolak saman Sultanah T'ganu ke atas editor S'wak Report

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah gagal dalam tindakan saman fitnahnya terhadap pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman RM100 juta baginda berkenaan kandungan yang didakwa fitnah dalam buku 'The Sarawak Report - The inside story of 1MDB'.

Pesuruhjaya Kehakiman, John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee, membuat keputusan itu pada prosiding melalui aplikasi Zoom, hari ini selepas perbicaraan penuh yang menyaksikan lima saksi dipanggil memberi keterangan.

Dalam perbicaraan pada 1 Ogos lalu, Sultanah Nur Zahirah menafikan ada peranan dalam penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat yang kemudiannya ditukar menjadi 1MDB.

Rewcastle-Brown kemudian berkata ia merupakan satu kesilapan yang bukannya dibuat dengan niat jahat.

Edisi kemas kini buku tersebut kemudian membuang bahagian yang didakwa fitnah itu.

Pada 21 November 2018, Sultanah Nur Zahirah menamakan Rewcastle-Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan syarikat percetakan Vinlin Press Sdn Bhd dalam saman sivilnya.

Dalam perbicaraan pada 1 Ogos lalu, Sultanah Nur Zahirah menafikan ada peranan dalam penubuhan Terengganu Investment Authority(TIA), syarikat yang kemudiannya ditukar menjadi 1MDB.

Rewcastle-Brown kemudian berkata ia merupakan satu kesilapan yang bukannya dibuat dengan niat jahat.

Edisi kemas kini buku tersebut kemudian membuang bahagian yang didakwa fitnah itu.

Pada 21 November 2018, Sultanah Nur Zahirah menamakan Rewcastle-Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan syarikat percetakan Vinlin Press Sdn Bhd dalam saman sivilnya.

[Baca berita penuh]