Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

PKR tak beri laluan di Sungai Siput, PSM anggap tiada kerjasama PRU

Walaupun dengan tanda-tanda awal yang positif berhubung kerjasama pilihan raya dengan PSM, PH nampaknya tidak akan memberi laluan kepada parti itu di kerusi Parlimen Sungai Siput dalam PRU15.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat dengan kepimpinan tinggi PH semalam.

"Keputusan dibuat bahawa Sungai Siput, Tapah dan Sembrong diberi kepada PKR.

"Hasni akan bertanding di Sembrong, M Saraswati di Tapah dan S Kesavan di Sungai Siput.

"Saya berbincang (tentang perkara ini) dengan Rafizi (Ramli), (Anthony) Loke, Steven Sim, Mohamad Sabu dan Dr Hatta Ramli," katanya ketika ditemui pemberita di Chemor, Perak hari ini.

Jeyakumar

Terdahulu, PSM sekali lagi menggesa PH untuk membuat keputusan sama ada pengerusinya Dr Michael Jeyakumar Devaraj dapat kembali bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput, sebagai sebahagian daripada kerjasama pilihan raya mereka.

Jeyakumar merupakan ahli parlimen di situ selama dua penggal, iaitu pada 2008 hingga 2018.

Pada PRU 2018, dia tewas di tangan Kesavan.

PSM kecewa dengan keputusan PH

Arutchelvan berkata PSM baru saja dimaklumkan berkenaan keputusan itu menerusi surat rasmi bertarikh 30 Oktober (hari ini) dari PH.

"Permintaan minimum PSM untuk kerjasama pilihan raya dengan PH telah ditolak sepenuhnya.

'Dengan tiada satu kerusi pun yang diberikan, kami faham yang PH tidak mahu membuat kerjasama pilihan raya dengan PH.

"Kami kesal perkara ini dimaklumkan begitu lewat kepada kami, walaupun Rafizi buat kenyataan pada Jumaat lalu yang beberapa kerusi diperuntukkan kepada PSM dan Muda," katanya lagi.