Changkat Jong: 'Anwar akan bincang dengan pengerusi Amanah Perak'
Isu pertembungan di DUN Changkat Jong di Perak, di mana kedua-dua DAP dan Amanah telah mengumumkan calon mereka, akan ditangani oleh Pengerusi PH Anwar Ibrahim.
Perkara itu dinyatakan Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini.
Ketika ditanya berkenaan perkara itu, Mohamad berkata Amanah menyerahkan soal itu kepada Anwar dan Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi.
"Isu Changkat Jong ini kita serah kepada Anwar untuk buat rundingan akhir dengan Asmuni," katanya kepada Malaysiakini selepas sidang media di ibu pejabat Amanah di Kuala Lumpur.
Ketika ditanya mengapa isu itu diserahkan kepada Anwar dan Asmuni, bukannya antara pemimpin tertinggi Amanah dan DAP, Mohamad berkata ini kerana mereka ingin menyerahkan soal itu kepada "seorang sahaja, iaitu ketua PH".
Dua hari lalu, Amanah mengumumkan akan mencalonkan Muhaimin Sulam di Changkat Jong. Beberapa jam kemudian, DAP pula mengumumkan calonnya iaitu Badrul Hisham Badarudin.
Muhaimin yang merupakan naib pengerusi Amanah Perak kemudian berkata dia menerima surat daripada Mohamad yang mengesahkan pencalonannya di situ, sementara Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa presiden Amanah itu setuju bahawa DAP akan bertanding di situ.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai