Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

PAS sahkan Abdul Hadi akan pertahan Marang

PAS mengesahkan presidennya Abdul Hadi Awang akan mempertahan kerusi Parlimen Marang pada PRU15.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

"Saya tidak tahu pun desas-desus yang mengatakan dia tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini.

"Saya boleh mengesahkan di sini bahawa dia akan pertahankan kerusinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu, semalam.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Abdul Hadi tidak akan bertanding pada PRU15.

Pada PRU14, Abdul Hadi menang di Parlimen Marang dengan meraih 53,749 undi menewaskan dua pencabarnya daripada BN dan PKR.

-Bernama