Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Janin dalam tandas masjid janin kucing - Polis

Janin yang ditemukan seorang pekerja pembersihan dalam tandas sebuah masjid di Kampung Labohan, Kertih di Chukai disahkan bukan janin manusia sebaliknya adalah janin kucing.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata perkara itu disahkan oleh Unit Forensik Hospital Kemaman.

"Ujian oleh Unit Forensik mengesahkan bahawa janin yang ditemui bukanlah milik manusia seperti disangka, tetapi sebenarnya janin kucing," katanya kepada Bernama malam ini.

Terdahulu, kira-kira 12 tengah hari tadi, anggota kariah digemparkan dengan penemuan satu janin yang menyerupai janin manusia di atas lantai tandas masjid itu.

- Bernama