Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

2,561 kes baru Covid-19, lapan lagi kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 2,561 lagi kes baru Covid-19 sehingga semalam.

Jumlah kes aktif pula sehingga semalam ialah 25,636, menurun 7.4 peratus dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (902)

Kuala Lumpur (683)

Perak (175)

Sabah (121)

Negeri Sembilan (111)

Pulau Pinang (98)

Kedah (88)

Sarawak (74)

Melaka (72)

Johor (55)

Kelantan (53)

Putrajaya (51)

Pahang (48)

Terengganu (26)

Perlis (4)

Lapan lagi kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan semalam, di Selangor (4), Kedah (2), Johor (1) dan Sarawak (1).

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,437 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 63 kematian dilaporkan setakat bulan ini. Sebagai perbandingan, ada 158 kes kematian pada September dan 247 kes pada Ogos.

Seramai 1,102 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 51 daripadanya sedang mendapat rawatan rapi.

Jumlah kemasukan ke hospital tertinggi semalam dilaporkan di Selangor (92) disusuli Sabah (75) dan Johor (44).