Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

1,712 kes baru Covid-19, dua kematian dilaporkan

Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 1,712 lagi kes baru Covid-19 sehingga semalam, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,867,192.

Jumlah kes aktif pula sehingga semalam ialah 23,892, menurun 2.4 peratus dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (618)

Kuala Lumpur (366)

Perak (119)

Negeri Sembilan (108)

Sabah (106)

Sarawak (66)

Pulau Pinang (59)

Johor (53)

Kedah (50)

Melaka (44)

Putrajaya (38)

Kelantan (32)

Pahang (23)

Terengganu (22)

Perlis (5)

Labuan (3)

Dua lagi kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan semalam, masing-masing di Kedah dan Pahang.

Sejak minggu lepas, purata 2.4 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.7 dan ini menunjukkan trend menurun.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,417 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 43 kematian dilaporkan setakat bulan ini. Sebagai perbandingan, ada 158 kes kematian pada September dan 247 kes pada Ogos.

Seramai 1,002 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 36 daripadanya sedang mendapat rawatan rapi.

Jumlah kemasukan ke hospital tertinggi semalam dilaporkan di Sabah (78) diikuti dengan Selangor (50) dan Johor (49).