Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan
Berjasa kenal pasti 40 calon boleh menang
Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) telah mengenal pasti 40 calon boleh menang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengarah Pilihan Raya Berjasa Ir Lukman Al-Hakim dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon-calon berkenaan telah melalui proses saringan bagi bertanding sebagai calon Berjasa.
"Berjasa konsisten dalam menonjolkan imej calon profesional selari dengan imej parti yang beragenda dan berwawasan.
"Calon-calon ini terdiri daripada ketua jabatan kementerian, doktor pakar, pensyarah universiti, tokoh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pegawai tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan multinasional (MNC) serta beberapa teknokrat dan individu ternama yang lain,” katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai