1,673 mohon jadi calon PKR, senarai dimuktamad minggu depan
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PKR, Rafizi Ramli berkata seramai 1,673 anggota parti itu menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) kali ini.
Katanya, jumlah pendaftaran tersebut yang direkodkan di secara atas talian melalui laman www.calonkeadilan.org setakat jam 10 pagi tadi.
"PKR mengucapkan terima kasih kepada ribuan rakyat Malaysia yang tampil menyatakan minat untuk menjadi calon.
"Sekretariat calon kini sedang menapis dan memberi pemarkahan awal supaya semua calon-calon berpotensi mula dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Calon pada malam ini,” katanya.
Sementara itu, katanya, PKR akan memuktamadkan calon yang akan bertanding selewat-lewatnya pada 19 Oktober, sehari sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.
Berkaitan saringan calon pula, katanya, PKR akan membariskan calon lebih bermutu, mengambil kira sentimen pengundi dua tahun lepas.
Menurutnya, kaji selidik menunjukkan secara konsisten bahawa faktor kewibawaan calon menyumbang 50 peratus daripada keputusan pengundi.
"Prinsip-prinsip yang diguna pakai untuk memastikan proses saringan dan pemilihan calon kali ini dapat melonjakkan kewibawaan calon-calon yang diketengahkan," katanya.
Parlimen dibubarkan kelmarin setelah tekanan berterusan daripada Umno sebagai parti paling dominan dalam kerajaan.
Pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai