Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pengundi baru digesa buktikan suara anak muda penting

Kumpulan Undi18 menggesa pengundi muda menunjukkan bahawa suara mereka juga penting pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Anak muda diseru untuk melaksanakan hak mereka dengan turun mengundi apabila tiba hari pengundian PRU15 dan perlu membuktikan bahawa kuasa anak muda sememangnya penentu PRU15.

“Pemerkasaan demokrasi bermula dengan anak muda, dan kini kuasa di tangan anda bagi menentukan siapa yang bakal mentadbir serta mencorak negara dalam lima tahun yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob mengenai pembubaran Parlimen semalam, untuk memberi laluan kepada pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.

Umur mengundi diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun berkuat kuasa akhir tahun lalu, dan pendaftaran pemilih automatik diperkenalkan, sekali gus meletakkan PRU15 sebagai pilihan raya umum pertama di bawah peraturan baru itu.

Perubahan itu melibatkan lebih 5.8 juta pengundi pertama kali, dengan 1.2 juta daripadanya berumur antara 18 dan 20 tahun.

Bagaimanapun, pilihan raya negeri Johor awal tahun ini menyaksikan peratusan keluar mengundi yang rendah walaupun bilangan pengundi yang ramai dalam daftar pemilih.

[Baca berita penuh]