Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

1,788 kes baru Covid-19, tiga kematian

Sebanyak 1,788 kes baru Covid-19 direkodkan semalam.

Kes aktif kini berjumlah 23,877, turun 5.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (621)

Kuala Lumpur (329)

Perak (161)

Sabah (138)

Negeri Sembilan (135)

Pulau Pinang (94)

Sarawak (72)

Melaka (51)

Kedah (48)

Johor (33)

Kelantan (33)

Pahang (26)

Putrajaya (24)

Terengganu (13)

Perlis (6)

Labuan (4)

Tiga kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dan tiada yang meninggal dunia ketika dibawa ke hospital (brought in dead).

Purata 2.9 orang dilaporkan meninggal dunia sejak minggu lepas, sementara purata untuk 30 hari adalah 4.4, menunjukkan trend penurunan.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,394 kematian direkodkan di seluruh negara.

Seramai 980 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital di mana 38 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (98) diikuti dengan Sabah (85) dan Johor (44).