Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sekurang-kurangnya 31 terbunuh dalam tembakan di Thailand

GLOBAL l Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh hari ini dalam satu kejadian tembakan besar-besaran di pusat jagaan kanak-kanak di wilayah timur laut Thailand, kata jurucakap polis.

Mangsa termasuk kanak-kanak dan orang dewasa, kata polis dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa penembak itu adalah bekas pegawai polis dan pemburuan sedang dijalankan.

Perdana menteri telah mengarahkan semua agensi untuk mengambil tindakan dan menangkap pelakunya, kata jurucakap kerajaan.

Kadar pemilikan senjata api di Thailand adalah tinggi berbanding beberapa negara lain di rantau ini tetapi angka rasmi tidak termasuk sejumlah besar senjata haram, kebanyakannya dibawa masuk merentasi sempadan yang bocor selama bertahun-tahun dari negara-negara jiran yang dilanda peperangan.

Tembakan beramai-ramai jarang berlaku tetapi pada 2020, seorang askar yang berang dengan perjanjian hartanah yang berat sebelah telah membunuh sekurang-kurangnya 29 orang dan mencederakan 57 dalam kes amuk di empat lokasi.

- Reuters