Bomba nafi dakwaan kejadian kepala air di Gunung Pulai
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menafikan terdapat kejadian kepala air di Gunung Pulai, dekat Kulai, susulan rakaman video yang tular di media sosial.
Pemangku Pengarah JBPM negeri Mohd Rizal Buang berkata pihaknya melakukan pemantauan kira-kira pukul 10.33 pagi tadi di sekitar Gunung Pulai dan mendapati tiada kejadian kepala air atau banjir di kawasan tersebut.
"Kami ingin menegaskan dan mengingatkan kepada orang awam supaya tidak menularkan sebarang kenyataan, gambar atau video lama yang boleh menggugat kesejahteraan serta keselamatan masyarakat setempat.
"Kami menyeru supaya masyarakat mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berwajib dan hubungi talian 999 jika berlaku sebarang kecemasan. Orang awam turut dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan merakam video untuk ditularkan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Terdahulu, tular video berdurasi 53 saat yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook yang mendakwa terdapat kejadian kepala air di sekitar gunung tersebut.
Sementara itu, Mohd Rizal berkata JBPM negeri telah mengarahkan kesemua balai bomba agar membuat rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko berlaku banjir berikutan Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai