Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

1,483 kes baru Covid-19, lima kematian dilaporkan

Sebanyak 1,483 kes baru Covid-19 direkodkan semalam.

Kes aktif kini berjumlah 22,957, turun 9.4 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (375)

Kuala Lumpur (338)

Perak (128)

Sabah (118)

Sarawak (91)

Kedah (73)

Melaka (73)

Pulau Pinang (69)

Negeri Sembilan (51)

Kelantan (46)

Johor (37)

Pahang (35)

Putrajaya (23)

Terengganu (18)

Perlis (5)

Labuan (3)

Lima lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dan seorang meninggal dunia ketika dibawa ke hospital (brought in dead).

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,385 kematian direkodkan di seluruh negara.

Seramai 957 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital di mana 42 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Sabah dan Selangor (93) diikuti dengan Sabah (86) dan Johor (34).