RUU perkhidmatan parlimen dijangka dibentang Nov ini
Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen dijangka akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-14 pada November ini.
Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dr Rais Yatim berkata mesyuarat khas berkenaan transformasi Parlimen yang dipengerusikan beliau telah diadakan di Blok Utama Parlimen Malaysia, semalam.
“Dalam mesyuarat tersebut dimaklumkan proses Transformasi Parlimen pada ketika ini sedang berjalan lancar.
“Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) sedang menyediakan Draf RUU Perkhidmatan Parlimen yang dipantau oleh Jawatankuasa Transformasi Parlimen dari semasa ke semasa.
“RUU Perkhidmatan Parlimen yang disediakan termasuk Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen, pindaan ke atas Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta Kod Etika Ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan.
Turut hadir pada mesyuarat itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Pengarah BHEUU, Jabatan Perdana Menteri Datuk Abd Syukor Mahmood dan pegawainya serta wakil Jabatan Peguam Negara.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai