Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

1,867 kes baru Covid-19, empat kematian

Sebanyak 1,867 kes baru Covid-19 direkodkan semalam.

Kes aktif kini berjumlah 25,174, turun 7.3 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (470)

Kuala Lumpur (451)

Perak (183)

Sabah (159)

Pulau Pinang (104)

Melaka (82)

Negeri Sembilan (79)

Sarawak (77)

Johor (56)

Kelantan (55)

Kedah (52)

Pahang (40)

Terengganu (29)

Putrajaya (23)

Perlis (4)

Labuan (3)

Empat lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, iaitu dua kes di Sabah dan masing-masing satu kes di Pahang dan Sarawak.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,369 kematian direkodkan di seluruh negara.

Setakat bulan ini, sebanyak 153 kematian akibat Covid-19 dilaporkan berbanding 247 kematian pada bulan lepas dan 204 kematian pada Julai.

Seramai 1,060 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital di mana 43 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Sabah dan Selangor dengan 79 pesakit, diikuti Johor dengan 37 pesakit.