Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan
Johor nafi cuti peristiwa Khamis ini sempena juarai Sukma
Kerajaan negeri hari ini menafikan pemberian cuti peristiwa pada Khamis ini sempena kejayaan kontinjen Johor menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 seperti yang tular di aplikasi WhatsApp.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam kenyataan menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tular berkenaan.
"Pentadbiran ini juga kesal atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan palsu sehingga menyebabkan kekeliruan kepada orang awam," menurut kenyataan itu.
Pada 24 Sept lepas, Johor mencipta sejarah apabila muncul juara buat pertama kali sepanjang 36 tahun penganjuran temasya sukan dwitahunan itu.
Kontinjen Johor mengungguli carta pungutan pingat dengan 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai