'Ismail Sabri, bertindaklah sebagai perdana menteri bukan pengikut parti'
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya bertindak sebagai seorang perdana menteri dan bukan seperti pengikut parti dalam menghadapi tuntutan ahli Umno tertentu.
Loke berkata jika Ismail Sabri cukup berani untuk mengadakan pilihan raya pada musim tengkujuh, rakyat akan menghukumnya lebih keras atas tindakan itu.
“Kami menasihatkan perdana menteri supaya usah bimbang kerana Zahid (presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi) membuat tuntutan tersebut.
"Saya sudah kata di parlimen. Ismail Sabri, anda perdana menteri.
Bertindak seperti seorang perdana menteri, dan bukan pengikut parti," kata Loke ketika berucap dalam Kongres Khas DAP di Shah Alam hari ini (gambar, atas).
Ini susulan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi nampaknya bertegas mahukan pilihan raya diadakan segera yang mungkin pada tahun ini.
Pada 17 Sept, Zahid berkata BN sanggup meredah banjir jika pilihan raya umum ke-15 diadakan pada musim tengkujuh.
Pada hari sama, Ismail Sabri pula memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan diadakan "tidak lama lagi", sambil menambah bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai