Desas-desus bekas presiden MCA, Ong Tee Kiat mungkin sertai Warisan
Warisan memberi petunjuk bahawa bekas presiden MCA Ong Tee Keat akan menyertai parti itu tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Naib Presiden Warisan Junz Wong dan Ong masing-masing tidak mahu mengulas lanjut perkembangan itu.
Semasa sidang media semalam, Wong mengesahkan akan ada calon VIP menyertai parti itu dan pengumuman rasmi akan dibuat oleh Presiden Warisan Shafie Apdal.
“(Ahli baru itu dari) MCA dan DAP.
“Kita tidak kisah tentang latar belakang mereka sebelum ini, yang penting mereka menyokong perjuangan kami dan rakyat boleh menerima mereka,” katanya.
Diasak lebih lanjut jika Ong telah menyertai parti itu, Wong berkata mereka "sedang berhubungan" dan bekas presiden itu belum "menyertai Warisan secara rasmi”.
Sementara itu, Ong enggan mengulas spekulasi itu ketika dihubungi.
Sebelum ini, Shafie dilaporkan oleh Oriental Daily sebagai berkata sama ada Ong akan menyertai Warisan atau tidak akan diketahui "bila tiba masanya".
Sin Chew Daily semalam memetik sumber sebagai berkata bahawa Ong mungkin diletakkan di kerusi yang dipernah diwakilinya, iaitu di Pandan.
Warisan sedang berusaha untuk memperluaskan pengaruhnya di luar pangkalannya di Sabah dan mengalu-alukan beberapa bekas wakil rakyat menyertai pari itu.
Antara mereka, termasuk bekas ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun, bekas anggotaeExco kerajaan negeri Pulau Pinang Danny Law Heng Kiang dan bekas Adun Kukup dari Umno Suhaimi Salleh.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai