Mangsa banjir kilat di Batu Pahat meningkat
Mangsa banjir kilat di daerah ini meningkat kepada 263 orang setakat 12 tengah hari ini berbanding 255 orang yang direkodkan malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan sebanyak 74 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading di Batu Pahat.
"Kesemua mangsa merupakan penduduk dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung," menurut kenyataan itu.
Banjir kilat di lima lokasi itu berlaku disebabkan pertembungan hujan lebat bermula 1.30 pagi hingga 5.30 pagi, Rabu lepas dan fenomena air pasang.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan terjejas sudah mulai surut kecuali Kampung Baru Sri Gading yang mengalami keadaan 'banjir termenung' bagaimanapun, keadaan cuaca semakin cerah.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai