MIC: Anwar kena 'audit' janji k'jaan PH pada orang India dulu
Presiden MIC SA Vigneswaran berkata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sepatutnya melaksanakan “audit” terhadap manifesto khas untuk masyarakat India oleh PH ketika PRU14 terlebih dahulu, dan sejauh mana ia dilaksanakan ketika gabungan itu mentadbir negara.
Vigneswaran berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar bahawa PH akan melaksanakan audit forensik terhadap tiga institusi yang berperanan membangunkan masyarakat India jika gabungan itu menang pada PRU15 dan kembali mentadbir negara.
Tiga institusi tersebut adalah syarikat pelaburan Maika Holdings, Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).
"Saya nak memberitahu Anwar, apa yang dia mesti audit adalah janji-janji PH kepada masyarakat India pada PRU14.
"Kita (BN) juga sudah menyediakan pelan tindakan, tapi mereka tidak pernah melaksanakannya ketika 22 bulan memerintah negara. Jadi, Anwar perlu melakukan audit terhadap perkara-perkara ini dulu," katanya kepada Malaysiakini.
Dia juga mendakwa pentadbiran PH tidak menunaikan janji-janji yang terkandung dalam manifesto khas tersebut ketika mentadbir negara.
Ketika Perhimpunan Bersama Masyarakat India pada 10 September lalu, Anwar yang juga pengerusi PH berkata audit tersebut perlu dilaksanakan kerana masyarakat India di Malaysia berhak mengetahui perkara sebenar di sebalik dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa berkaitan institusi tersebut.
"Peruntukan diberikan tapi tidak dikawal dengan baik, ini termasuk Maika Holdings semasa saya (jadi) kementerian kewangan dulu.Tapi (masalah sama) telah berulang di MIED dan Mitra," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai