Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan
Keganasan rumah tangga: Anak PM Fiji ditahan di Australia
GLOBAL | Pihak berkuasa Australia telah menahan anak lelaki Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama atas tuduhan keganasan rumah tangga.
Ratu Meli Bainimarama, 35, ditahan pada Khamis di Queensland selepas polis New South Wales mengeluarkan waran tangkap terhadapnya, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan, ABC News pada Isnin.
Beliau diekstradisi ke New South Wales pada hari yang sama dan akan menghadiri perbicaraan di mahkamah tempatan Parramatta pada akhir minggu ini.
Ratu Meli merupakan anak lelaki tunggal perdana menteri Fiji, dan tinggal di Australia menggunakan visa bukan penduduk tetap.
Polis New South Wales memaklumkan pegawainya telah memulakan siasatan selepas menerima aduan berkaitan dakwaan keganasan rumah tangga.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai