Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Gangguan bekalan air di Hospital Machang sejak kelmarin pulih berperingkat

Gangguan bekalan air di Hospital Machang sejak kelmarin berpunca daripada kerosakan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Bagan Machang.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata kerosakan pada LRA tersebut menyebabkan telah berlaku gangguan bekalan air pada tangki utama hospital itu.

Katanya, pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah bertindak dengan menghantar bekalan air ke Hospital Machang bagi mengatasi masalah gangguan tersebut dengan mengisi simpanan air di tangki simpanan utama hospital itu.

"Bekalan air telah kembali pulih pada sebelah petang semalam secara berperingkat dan kadar kekeruhan air semakin pulih, Bagaimanapun, perkhidmatan dan pengurusan pesakit tidak terjejas akibat masalah bekalan air itu,” "katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam satu hantaran mengenai gangguan bekalan air di Hospital Machang termasuk air yang keruh tular di media sosial.

- Bernama