Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

PRU15: PH hasrat tanding semua kerusi parlimen, DUN di Kelantan

PH Kelantan akan memuktamadkan pembahagian kerusi pilihan raya umum ke-15 akan datang di antara parti-parti anggota dalam masa terdekat.

"PH Kelantan mengambil ketetapan untuk bertanding di semua 45 kawasan pilihan raya DUN dan 14 kawasan pilihan raya parlimen di seluruh Kelantan," kata Setiausahanya Rushdan Mustafa pada satu kenyataan hari ini.

Ketetapan ini susulan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PH Kelantan yang telah membuat beberapa keputusan secara konsensus.

PH Kelantan juga memaklumkan barisan baru kepimpinannya yang diterajui Pengerusi Muhammad Husain bersama tiga Timbalan Pengerusi Nik Nazmi Nik Ahmad, Azaha Ab Rani dan Che Ibrahim Mohamed.

Berikut pemegang jawatan PH Kelantan:

Setiausaha:

Rushdan Mustafa

Bendahari:

Tong Chee Hong

Ketua Penerangan:

Ab Aziz Abdullah

Pengarah Pilihan raya:

Wan Ab Rahim Wan Abdullah

Pengerusi Jawatankuasa Tawaran:

Nik Nazmi Nik Ahmad

Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang:

Tuan Alawi Mohd Rashid

Ketua Pemuda:

Mohd Zulhazmi Hassan

Ketua Wanita:

Nor Azmiza Mamat